Monday 1 July 2019

Trip Gunung Tahan 2003 Merapoh - Kuala Tahan



Gunung Tahan sudah diketahui orang, ia gunung tertinggi di Semenanjung dan antara yg ter'hardcore' dikalangan gunung gunung di Semenanjung. Terletak di dalam negeri Pahang. Pintu masuk ada 3 laluan yg diketahui umum. Tetapi hanya 2 laluan yang biasa dilalui, Iaitu melalui Merapoh, Kuala Lipis dan juga di Kuala Tahan , Jerantut. Satu lagi laluan iaitu Kuala Koh , Gua Muse, Kelantan, sangat jarang dilalui.

Ekspedisi ni sekitar 2003 yg dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Kolej Pendeta Za'ba , KPZ, UPM. Perjalanan yg mencabar mental dan fizikal terutama kepada salah seorang peserta  iaitu BOB. Hari pertama yg sgt mencabar bagi beliau utk tiba di Kem Kor , sgt menyeronokkan. Cerita selebihnya biarlah rahsia kan BoB....haha...

Trip ni juga kami berdepan cabaran salah seorang peserta dirasuk dan diganggu oleh jin hutan. Nasib baik semangat beliau kuat, mencuba melawan dari gangguan tersebut. Kami melakukan sedaya mungkin untuk membantu. Beliau meronta dan menjerit melawan gangguan jin tadi. Setelah kami azan dan bacakan beberapa ayat Suci Al Quran, keadaan kembali agak terkawal, tapi beliau agak lemah. Kami usung beliau dari tempat kejadian hingga ke Kem Teku, kira kira 1 jam 30 minit kami usung  dan papah beliau utk kami bawa ke tapak perkhemahan Kem Teku. Setelah tiba , kami rehatkan beliau di dalam khemah.

Di luar khemah, kami solat hajat dan bacakan Yassin. Air yassin yg kami sediakan beliau tolak. Nyata , gangguan masih ada. Cuma keadaan agak terkawal , dan beliau kami letakkan di dalam khemah. Kami tunggu di luar khemah sehingga beliau tidur. Pagi esoknya beliau kembali sihat dan segar seperti biasa. Beliau itulah bernama  Taiwan... Apa kabar Taiwan, lama x jumpa... khabarnya sekarang da pindah Taiping..hahaha.. tidak , beliau masih di Sg Petani.

Perjalanan Gunung Tahan ini delay 1 hari, dan kami tiba di Kuala Tahan dengan selamat dan sihat sejahtera. Alhamdulillah.

Alhamdullillah , awek baju kuning ni sekarang dan jadi bini ambe... di sini karakter dan kesabaran ambe dinilai..mungkin..haha..

Line Up :

Pokloh
Nini
Wan
Ijat
Meor
Bob
Ooin
Adik
Ija
Taiwan
Diana
Echah

GUNUNG TAHAN 2003-KOLEJ PENDETA ZA'BA, KPZ, UPM.

No comments:

Post a Comment