Tuesday, 29 September 2015

Overland Selatan Thai

Assalamualaikum,

Cuti sekolah yg bertembung dgn Hari Raya Aidiladha baru baru ni telah digunakan dengan sepenuhnya. Kembara ke Krabi kali ke2 kali ni dgn triton yg baru siap dibaiki selepas eksiden pada awal ramadhan lepas. Trip kali ni dengan biras dengan kereta altisnya.

Hari 1 : Berkumpul di Shah Alam, rumah kaka ipar yg selalu sgt jadi persinggahan bila ke kl/shah alam.

Jam 2300, memulakan perjalanan dari Shah Alam menuju ke utara melalui hiway PLUS. Kira kira jam 0200 Berhenti singgah di Hentian RTC Simpang Pulai, waaaaa...semakin maju dan selesa. Hentian yg besar dan bersambung dgn Mydin, lain kali boleh la shoping kt Mydin.

Hentian seterusnya di Sg Perak -Isi minyak.

Hari 2 :

Jam 0600 Tiba di Masjid Padang Besar, berhenti rehat, solat dan mandi mandi dluu....

Setelah sarapan, membeli insuran/permit Thailand di Padang Besar, kami memasuki Thailand melalui Padang Besar. Berjaya memasuki Thailand pada jam sekitar 1100 kerana ramai juga orang Malaysia masuk ke Thailand cuti kali ni, mungkin ada yg shoping baju raya di Siam agaknya.

Perjalanan kali ni melalui Sadao ke Hatyai dan seterusnya ke daerah Satun.Saja nak melalui jalan pantai yg tak berapa pantai sebenarnya. Mengikut ke GPS ni kekadang masuk kekebun getah jalannya.  

Sampai di Satun kira kira jam 1245 waktu Siam.




Siap bertolak dari Selancar


Hiway PLUS menuju ke Padang Besar


Masjid Padang Besar.. solat Subuh dulu.


Memasuki Satun



Rehat dan Makan di Satun.. masak sendiri jer.






  Masjid di Satun




Pantai di Satun.

No comments:

Post a Comment