Tuesday, 27 October 2015

Hatyai-Rantau Panjang, Balik Raya...

Hari 5

Selesai check out dari Sabai Sabai Hotel : Terus menuju ke Samila Beach, (Pantai Bismillah). Ikon femes adalah patung duyung dgn kisah tersendiri. Perjalanan dari hotel ke pantai Samila kira kira 15 minit. Pantai yg cantik, tp tiada orang mandi manda, atau masih pagi lagi, atau bukan pada hujung minggu, tak tahulah. Keadaan lengang  dan tak berapa sibuk. Yg menyibuknya orang yg bawa kuda, cari pelanggan utk bergambar dan naik kudanya.


Cerita patung duyung. Kabur tulisannya, tp, cite dongeng je laa..







Pemandangan Sekitar Pantai Samila

Kemudian dari Pantai Samila , Songklha, kami bergerak ke bandar Hatyai, hajat nk cari kedai aksesori 4x4, apakan daya , masa terhad, hanya jumpa 2 kedai, itupun barang yang tak lengkap. Jadi, pegi makan saja la.. kami ke kedai makan berdekatan dengan stesen bas hatyai utk menukar duit RM kepada Bhat, tukaran agak mahal disini... jadi, tukar la siap2 dgn kadar mencukupi sejak dari awal perjalanan. Tp, terpaksa, apa boleh buat. nanti lapar... 





Makan dulu.. 

Ketika ini, ramai orang lalu lalang sibuk untuk menaiki bas dan van untuk balik ke kampung., terutama masyarakat Pattani dan kawasan sekitarnya untuk menyambut hari raya Aidil Adha selang 2 hari lagi.

Selepas makan ni, perjalan balik ke Malaysia bermula. Hatyai, tak sempat pegi mana2 melainkan pantai Samila dan makan tgahri je.. Plan asal dari Hatyai nak keluar ikut Padang Besar, tapi nasib baik jem teruk nak keluar dari Hatyai ke Danok. Akhirnya, kami U-Turn dan keluar ikut Rantau Panjang. Setelah Isi minyak, isi air dalam badan, dan buang air dari badan di stesen minyak, kami mulakan perjalanan balik ke Malaysia melalui Yala, Narathiwat, Pattani dan Sungai Golok. Perjalanan kira kira 4 jam 30 minit dari Hatyai. Kami berhenti solat di Narathiwat, Yang ruginya, tidak berhenti di Masjid Krisek... tempat berlakunya peristiwa hitam ketika Peristiwa Takbai.


  

Sepanjang perjalan bermula dari Yala, hingga ke Rantau Panjang , banyak tentera Thai berkawal sepanjang jalan dan juga sekatan jalanraya oleh tentera, keadaan semacam perang. Tentera berkawal siap dengan kereta perisai di setiap sekatan jalanraya. Penduduk tempatan rilek je nampaknya... alah bisa tegal biasa.

Kami tiba di Rantau Panjang lebih kurang jam 6.30 ptg. Hari dah nak malam, dan tak sempat pun jalan-jalan utk shoping di Pekan Sg Golok. Apapun kami ambil juga masa untuk ronda kedai-kedai yg masih buka. Kami selamat keluar dari Thailand kira-kira jam 8.30 malam memlalui rantau Panjang. Kelihatan banyak kereta yg memasuki Thailand, mungkin kerana cuti sekolah dan juga Masyarakat Islam Narathiwat Pattani dan sekitar selatan Thailand pulang berhari raya haji. 


Alhamdulillah,,, jam 1200 malam kami tiba di Jertih, utk checkpoint terakhir , utk sambutan raya haji. 






Tuesday, 6 October 2015

Hatyai plak.. Sabai Sabai....

Hari ke 4 (sambungan )..
Selepas shoping sikit2 di SeaShell fossil.. agenda seterusnya, menuju ke Hatyai.. hari dah petang , perjalanan ke Hatyai bermula lebih kurang jam 1630, atau 4.30 ptg...

Setelah ucapkan terima kasih dan bergambor dgn Wawa, dan konfem kan jalan dgn Wawa, maka perjalanan ke Hatyai diteruskan. Kali ni ke Hatyai melalui Pathallung. Jangkaan perjalanan selalam 4 jam.

Tiba di Hatyai mencari Hotel Sabai Sabai di Wilayah Songklha yg dah di booking awal, iaitu semalam ketika di Ascot Hotel, Krabi.

Mengagau mencari hotel yg lokasinya di tepi muara , katanya laut. Sudah tanya sana sini... gamble masuk dua tiga hotel akhirnya jumpa....




Naga







Sabai Sabai Hotel





Wednesday, 30 September 2015

Gajah dan PhuTa ra

Hari 4 :

Hari ini hari Isnin, segala ok dan on schedule, apoimen dgn Wawa, sebagai Guider hr ni kul 10. Wawa dtg ke Ascot Hotel utk guide kami ke Krabi Safari utk aktiviti naik gajah seterusnya acara berenang yg tak ingin dilepaskan. Paginya selepas sarapan dan check out , kami jalan2 ke kedai2 di sekitar Ao Nang , tp byk lgi kedai tutup, waktu Krabi sekitar jam 0900.

Jam1000, Wawa sampai dan kami terus gerak ke Krabi Safari utk acara naik gajah. Segala urusan dan deal, kami serahkan pada Wawa, Alhamdulillah byk kelebihan dgn adanya Wawa yg boleh berbahasa Melayu dan Siam.

  
Ambil angin di Ao Nang




Krabi Elephant Safari Park 



Tulis nama dulu






Mari menaiki gajah.. gajah. gajah...



  Senarai nama naik gajah. 





dah berani lompat terjun 



Mandi dulu selepas naik gajah


Phu Ta Ra Resort and Spa - msauk utk mandi 50Bhat dewasa dan 30Bhat Kanak-kanak.



Berhenti berkelah utk makan tengahari.



Singgah solat di Masjid Ao Nang yang makin cantik dan masih dalam pembinaan.



Shopping di Sea Shell Fossil, murah sikit di sini berbanding di Ao Nang.


Laut Andaman.


Lin dan Wawa, sebagai guider kome.

Selepas shopping dan semua aktiviti hari ni, kami bertolak ke Hatyai.

Tuesday, 29 September 2015

Hari 3 ; Phi Phi Island and The Gang.

Hari 3 :

Trip ke Phi Phi Island, oleh sebab trip pertama dulu dah ke Koh Hong dan 5 pulau naik Long Tail Boat, kali ni ke Phi Phi Island, dgn speed bot, takde Long Tail Bot sebab jarak yg jauh dari Ao Nang.

Harga :

1000 bhat utk dewasa.
850bhat utk kanak2.

Pakej pun di booking agak lewat pada malamnya , selepas makan malam yg dimasak sendiri di hotel, menggunakan Periuk Noxxa dan bekal bahan mentah yg dibawa siap siap dari Malaysia. Menu : nasi Arab dan Kambing Bakar dalam Noxxa. Jimat dan selesa, maklum la, tentera ramai nak makan kt kedai ni... kelam kabut dan serabut, dan yg penting JIMAT.


 Bersedia utk trip ke Pulau Phi Phi


Menuju bot laju.





Pulau Bamboo.. panas dahh.. 


Ruang mandi terhad.


Grup photo... hehe



Makan dulu di Phi Phi Island.. byk kemudahan disini, kedai, klinik, surau yg bersih, 



  
Jalan Menuju Ke Syurga


Aiskirm nyor.. sodap dan murah.



Pantai Monyet



Monkey Cave, tempat amik sarang burung layang layang.









Mandi dulu smntara tunggu bot ganti disebabkan masalah teknikal dgn bot sebelumnya.










Maya Beach -Lokasi Filem The Beach, lakonan Leonardo D Caprio.




Snorkeling dulu. Ikan jenis je ada.


Dah boleh berenang sendiri .. masih dgn B.A.



Keletihan ya amat dlm perjalan balik ke darat.

Mentari petang melambai pulang.



Tembikai dan nenas sebagai kudapan petang. Sejuk tekak. Alhamdulillah.



Da nampak daratan.


Akhirnya da masuk ke Kuala. Sampai jua di daratan.

Akhirnya , trip ke Pulau berakhir kira kira jam 1730. 5.30pm. Trip yg penat tapi seronok dan beronok ronok lagi dengan adanya guide berbahasa Melayu, baku, Wawa dari Pattani yg baru saja 2 bulan bekerja di Krabi, sebelumnya di Phuket. Apoimen dgn Wawa dibuat utk trip keesokan hari memandangkan esok Wawa cuti kerana botnya rosak pagi tadi.