Saturday, 26 September 2020

Jerangkang : Family Trip

Assalamualaikum..

Bertemu lagi.. setelah sekian lama, x update. Merdeka 2020, XPDC 4x4 bersama keluarga buat ke sekian kali. Lokasi pertama ke Teluk Tongkang , Kuantan, bersebelahan dengan Teluk Cempedak. Jalan ke tapak khemah agak mencabar dan hanya sesuai dengan kenderaan 4x4 sahaja. Jalan hutan pantai dan berbukit di hutan Simpan Bukit Pelindung, mencabar skill memandu jugak kerana laluan di celah - celah pokok, menaiki dan menuruni bukit. 


Tapak khemah yang lengkap dengan tandas dan juga kemudahan air tawar amat sesuai utk menjadi lokasi perkelahan dan perkhemahan. Bayaran juga berpatutan.. nama kemsite : Kaki Bukit Kemsite.. boleh gugel atau cari di FB. 


Lokasi ke 2 , sudah tentu Jerangkang.. tmpt yg tak pernah jemu.. memang assyiiiikk.. nature , masih terjaga.. air terjun bertingkat tingkat, perlu permit untuk mendakinya, hanya RM10 , berhubung terus dengan jabatan hutan Pahang. Laluan hanya 4x4 sahaja. Sekian.