Perjalanan dari Kuala Lumpur Malaysia ke Istanbul, Turki, Dec 2015, menaiki penerbangan Emirates yg transit di Dubai selama 16 jam telah memberi kesempatan utk menjelajah seketika di bandar Dubai, tentulah ke lokasi ter'popular' di Dubai iaitulah Burj Al-Khalifa, antara menara tertinggi di dunia ketika ini. Lokasi penggambaran Mission Imposible. Transit melebihi 4 jam juga melayakkan anda menerima baucer makanan percuma dari Emirates bagi setiap orang.
Burj Al-Khalifa
Makan free hasil dari baucer Emirates.
Dubai
Perjalanan ke Pamukkale.
Istanbul - Denizle (Pamukkale).
Menaiki bas ekpress dari Otogar Bayrampasha Istanbul ke Denizle dengan harga TRY70 seorang. Kena paw TRY10.
Tempoh perjalanan :10-12 jam.
Bas : Pamukkale /Metro Turizm dll.
Waktu perjalanan : 9 malam.
Setiba di Denizli, suhu lebih kurang 5 darjah celcius. Selesai solat subuh , kami terus menaiki Dolmuz/Van tertulis padanya destinasi yang dituju dengan harga TRY3.50 seorang sehala. Perjalanan ke Pamukkale sekitar 30 minit dari Denizle.
Tiket masuk utk ke Cotton Castle/Necropolis/Hieropolis = TRY25 seorang.
Roman Theater , Hieropolis, Pamukkale
Pamukkale - Nevsehir (Goreme, Cappadocia).
Bas Ekpress : TRY55 seorang.
Bas : Nevsehir Seyahat/Metro Turizm dll.
Tempoh perjalanan : 10-12 jam.
Waktu perjalanan : 8 Malam.
Kemudahan : hidangan air percuma /makanan ringan di dalam bas. Wifi (minta password).
Pastikan mengambil bas ke Goreme. Jika ke Nevsehir, ambil Dolmuz sahaja ke Goreme, jangan naik teksi kerana meter nye laju sgt... haha.. boleh capai TRY60 bagi perjalan dari Nevsehir ke Goreme yg jaraknya hanya 15 minit perjalanan lebih kurang.
Suhu ketika sampai : -5 darjah celsius. Salji dah ada.
Hotel bajet : Pension Cave Hotel TRY50 sebuah bilik semalaman.
Green tour /Red Tour boleh hubungi mana-mana travel agent yg ada di Goreme.
Green Tour : 120 TRY
Red Tour : 100TRY
Hot air ballon : 120 USD
Hot Air Ballon 120 USD
Nevsehir, Goreme, Cappadocia
Goreme - Istanbul (Otogar Bayrampasha).
Bas Ekpress : Nevsehir Seyahat/Metro Turizm/Istanbul Seyahat.
Kos : TRY 70
Tempoh perjalanan : 10-12 jam perjalanan.
Waktu : 9 malam.
Kemudahan : Air percuma/makanan ringan/wifi.
Teliferik 1
Teliferik 2
BURSA
Istanbul -Bursa (Uludag).
Perjalanan ke Bursa lebih mudah menaiki feri dari Kabatas -Mudanya.
Ambil perhatian : boleh check di website IDO feri Kabatas - Mudanya utk jadual feri pergi dan balik. Perkhidmatan feri bermula seawal 9 pagi ke Mudanya dan berakhir jam 6 pm dari Mudanya - Kabatas.
Jenis pengangkutan : Feri IDO.
Harga : 25 TL sehala bagi seorang. Boleh beli di Jeti, pastikan dtg awal krn feri sgt punctual masa berlepasnya.
Tempoh perjalanan : 1 jam 30 minit - 2 jam.
Mudanya - Teliferik (Kereta Kabel) : Bas F3 , tambang 8TL sehala, diskaun 50% jika guna BursaKad, sama seperti Istanbul Kad.
Masa : 40-45 minit.
Teliferik 1 : 30TRY/orang,tiket pergi balik.
Dolmuz/Van : 3.50 TRY seorang sehala. utk ke Uludag.
Teliferik 2 : 20TRY seorang utk pergi dan balik, boleh juga jalan kaki utk ke kawasan salji.
Semoga bermanfaat.