Saturday, 3 October 2020

First Aid Kit : Barang perlu untuk semua orang


 

Fisrt  Aid Kit , barang perlu untuk semua orang , perlu disimpan di rumah, di kereta ketika travel , hiking, memancing mahupun ketika menonton tv. 

First Aid Kit , macam  macam saiz ada . Yg penting ia mampu membantu dalam memberi respon awal , dan merawat luka kecil sebelum dibawa ke klinik/hospital. 

Julat harga antara Rm30 - Rm150 atau lebih. Berminat dgn set di atas, senang di bawa ketika hiking . Boleh hubungi : www.wasap.my/60137775159/firstaidkit


Friday, 2 October 2020

Pakej Trip Harimau Berjemur Rompin

 



Pakej 4x4 Harimau Berjemur Rompin Pahang.

2h1m Rm180/pax

Minima 6 orang.

Pakej termasuk :

- Permit HSK/individu

- Permit Kenderaan 4x4

- Pengengkutan 4x4 + Pemandu

- Penunjuk arah/malim

- Pengurusan


Tidak Termasuk : 

- alatan perkhemahan.

- makan sepanjang lawatan.

Pakej bermula dari Kuala Rompin atau Muadzam Shah atau Segamat. Perjalanan 4x4 bermula di tempat berkumpul. 

 

Pemilik 4x4 : Dikenakan bayaran permit HSK, permit 4x4 dan kos pengurusan.

Maklumat lanjut : Telefon/ whatsapp .

013-7775159


www.wasap.my/60137775159/harimauberjemur


 








Saturday, 26 September 2020

Jerangkang : Family Trip

Assalamualaikum..

Bertemu lagi.. setelah sekian lama, x update. Merdeka 2020, XPDC 4x4 bersama keluarga buat ke sekian kali. Lokasi pertama ke Teluk Tongkang , Kuantan, bersebelahan dengan Teluk Cempedak. Jalan ke tapak khemah agak mencabar dan hanya sesuai dengan kenderaan 4x4 sahaja. Jalan hutan pantai dan berbukit di hutan Simpan Bukit Pelindung, mencabar skill memandu jugak kerana laluan di celah - celah pokok, menaiki dan menuruni bukit. 


Tapak khemah yang lengkap dengan tandas dan juga kemudahan air tawar amat sesuai utk menjadi lokasi perkelahan dan perkhemahan. Bayaran juga berpatutan.. nama kemsite : Kaki Bukit Kemsite.. boleh gugel atau cari di FB. 


Lokasi ke 2 , sudah tentu Jerangkang.. tmpt yg tak pernah jemu.. memang assyiiiikk.. nature , masih terjaga.. air terjun bertingkat tingkat, perlu permit untuk mendakinya, hanya RM10 , berhubung terus dengan jabatan hutan Pahang. Laluan hanya 4x4 sahaja. Sekian.







Friday, 26 July 2019

Koleksi keluaran Hypergear.












Koleksi produk hypergear dari pouchbag hinggalah ke Duffel bag. Semua produk adalah waterproof produk kecuali ada keluaran khas untuk street, atau casual use.

Berminat utk order, Call/wassap no berikut :

Abdullah 013-7775159

Tuesday, 9 July 2019

Gunung Benum, Raub





Mendaki Gunung Benum, memerlukan mental yg agak kuat juga.. perlupikul air utk ke kemsite. Lokasi kemsite di atas permatang yg sejuk. Anda pelru lebih bersedia utk ekspedisi di sini. Gunung Benum, gunung ke 2 tertinggi di Pahang, terletak di daerah Raub.

Dah mendaki , boleh mandi di air tejun Lata Berembun yg amatt sejukkk...

Pendakian Bukit Kluang, Besut.



Bukit Kluang yg terletak di daerah Besut Terengganu, semakin menjadi lokasi hangat bagi aktiviti mendaki gunung/bukit setelah beberapa tahun kebelakangan ni. Bukit yg terletak di tepi pantai , menghadap Laut Champa , berhadapan dengan Pulau Perhentian.

Mendaki dengan hanya menagmbil masa kira kira 30-40 minit shj secara santai. Biasanya seawal 6.30 pgi dh ada yg mendaki utk melihat matahari terbit dr arah laut memang sngt cantik. Pada hari cuti hujung minggu dan cuti umum ,memang ramai yg mendaki di sini. Kt bawah ,ada juga jualan bundel hiking, kedai minuman dan juga makanan ringan.

Selepas mendaki, boleh juga terus mandi laut di pantai bukit Kluang.. layan banana bot ke. Apa lagi moh kiterr..